Wednesday 5 December 2012

HIPOKRIT ATAU PERUBAHAN



Assalamualaikum, Selamat Petang...Hujan di bumi Cyberjaya ini..Allhamdulillah moga Allah turunkan rahmat bersama-sama titisan hujan ini...Amin...

Tahukah anda apa itu Hipokrit??

"Hypocrite means someone who does (or believes) the opposite of what they say. A pretender."
OR
 "Person who professes beliefs and opinions that he or she does not hold in order to conceal his or her real feelings or motives."

Ini bermakna hipokrit adalah sesuatu yang negatif iaitu seseorang yang berpura-pura percaya atau melakukan sesuatu walhal dia tidak mempercayai hal tersebut.

Hmm,adakah ianya anda? atau adakah ianya saya? Betul,ia adalah saya...huhu...bagaimana mahu dipisahkan perasaan hipokrasi di dalam diri... TETAPI tidaklah sepanjang masa menjadi hipokrit!

Mungkin pada masa2 tertentu sahaja contohnya:

Situasi semasa sedang ditemuduga:

Penemuduga: "Apakah sebab mengapa saya perlu mengambil kamu bekerja?."

Calon: Dengan confident menjawab "Kerana saya merupakan seorang yang berdedikasi dan       bermotivasi tinggi serta dapat menjalankan tanggungjawab secara efektif dan efisien dan bla..bla..bla..."

Situasi tersebut pernah terjadi kepada saya, dan tips semasa temuduga adalah sentiasa yakin dengan jawapan yang diberikan...padahal di dalam hati hanya tuhan yang tahu...penuh dengan monolog "Bolehkah aku?,Mampukah aku?

 Itu hipokrit ke?Positif ke negatif? ATAU adakah ianya titik Perubahan....


Jawapannya hanya ada pada diri kita sendiri.
Mulakan hipokrasi tadi dengan anjakan paradigma iaitu berubah menjadi pekerja yang seperti dikatakan pada situasi di atas.

Manusia boleh berubah kan? Cuma masa yang menentukan....


Jadi diri sendiri--berubah kepada yang lebih baik

No comments:

Post a Comment